ASSALAMUALAIKUM..SELAMAT DATANG..

Wednesday, April 8, 2015

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kemmis dan McTaggart (1988), menggariskan beberapa konsep penting dalam kajian tindakan iaitu:

  1. Kajian tindakan adalah suatu pendekatan bagi menambah baik atau membaiki pendidikan dengan cara melakukan perubahan dan mempelajarinya akibat daripada perubahan tersebut.
  2. Kajian tindakan adalah bersifat penglibatan (participatory), iaitu berusaha ke arah memperbaiki amalan mereka sendiri.
  3. Kajian tindakan dilakukan melalui kitaran refleksi kendiri (self-reflectivespiral), iaitu suatu kitaran gelungan yang terdiri daripada merancang, melaksana, menilai, mereflek dan seterusnya merancang sekali lagi, melaksana, menilai, mereflek.
  4. Kajian tindakan dilakukan secara kolaboratif, iaitu melibatkan mereka yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tindakan dan bagi memperbaiki suatu amalan pendidikan.
  5. Kajian tindakan melibatkan aktiviti menyimpan rekod, mengumpul dan menganalisis pertimbangan (judgement), reaksi dan tanggapan terhadap apa yang berlaku sebagai bukti.
  6. Kajian tindakan melibatkan penggunaan jurnal peribadi, iaitu kita merekod perkembangan dan refleksi kita tentang proses pembelajaran.
  7. Kajian tindakan melibatkan penyelidik dalam membuat analisis kritikal (critical analysis) terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem) mereka bekerja. Kajian tindakan dimulakan secara kecil (start small) dan kemudian ke arah perubahan yang lebih besar.
  8. Kajian tindakan bermula dengan kitaran kecil (small cycles) yang terdiri daripada merancang, bertindak, menilai, mereflek supaya dapat membantu untuk mentafsir isu, idea, dan tanggapan dengan lebih jelas.







No comments:

Post a Comment